banner

Selamat Datang!!! Kelab ini mengalu-alukan pendaftaran peserta baru dan penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan moral dan kewangan dalam menjayakan "Program Perintis Badminton".

Peralatan Permainan -Pakaian dan Kasut



Seperti atlet lain pada umumnya, setiap pemain badminton memiliki kelengkapan utama ketika tampil di sebuah permainan atau pertandingan. Baju, seluar pendek, kasut tergolong dalam aksesori utama, sedang pengikat tangan, ikat kepala, pelapik lutut biasa disebut tambahan. Kasut badminton haruslah baik, namun selesa bila dipakai di lapangan agar pemain dapat bergerak, baik maju mahupun mundur tanpa tergelecek. Kasut badminton umumnya berwarna putih dengan garis-garis yang warnanya pelbagai.


Stokin kaki tidak wajib namun sebaiknya memiliki daya serap peluh yang tinggi dan agak tebal supaya lembut dan mengurangi kemungkinan terjadinya iritasi kulit akibat pergeselan kulit dengan kasut.


Seluar pendek dan baju sebenarnya bebas, tetapi di peringkat antarabangsa banyak baju yang dipakai jenis baju yang sejuk dan mampu menyerap peluh dengan cepat. Kadangkala pemain menggunakan kain pengikat tangan, pengikat kepala, atau penjaga lutut, baik untuk keperluan penting mahupun sekadar untuk mencantikkan penampilan.


Posted in Labels: |

1 comments:

  1. iZee Says:

    Assalamualaikum, ini Zaini, seorang bekas murid BRS. Sudah 4 tahun saya meninggalkan sekolah tersebut tetapi saya baru tahu yang sekolah BRS mempunyai laman sesawang Kelab Badminton tersendiri.