banner

Selamat Datang!!! Kelab ini mengalu-alukan pendaftaran peserta baru dan penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan moral dan kewangan dalam menjayakan "Program Perintis Badminton".

Keahlian, Syarat dan Peraturan

KEAHLIAN KELAB BADMINTON

SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN


1. Setiap pelajar yang ingin menjadi ahli perlu mengisi borang keahlian yang boleh di dapati dari guru berkenaan.

2. Derma tahunan sebanyak RM10.00 perlu diberi untuk aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak kelab ini.

3. Setiap ahli yang ingin mendaftar perlu berumur di antara 9 hingga 12 tahun.

4. Ahli kelab ini perlu mematuhi segala jadual latihan yang telah di tetapkan oleh kelab badminton ini.

5. Setiap ahli akan menjalani latihan secara konsisten dari masa ke semasa dan akan dijalankan ujian penilaian bagi mengikuti tahap kemahiran yang diperolehi sejajar dengan objektif kelab.

6. Setiap ahli perlu menjaga nama baik kelab samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

7. Mana-mana ahli yang di dapati melakukan salah laku perlu membuat surat tunjuk sebab sebelum ahli jawatankuasa memutuskan pemecatan keahlian mereka.

Posted in Labels: , , , |

0 comments: