banner

Selamat Datang!!! Kelab ini mengalu-alukan pendaftaran peserta baru dan penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan moral dan kewangan dalam menjayakan "Program Perintis Badminton".

Showing posts with label kelab. Show all posts
Showing posts with label kelab. Show all posts

Jadual Latihan



Setiap Isnin, Selasa, dan Khamis



Masa : 3.30 hingga 6.00 petang


Modul dan Pengisian Latihan adalah seperti di bawah:



Bulan 1 hingga 3

Bulan 4 hingga 6

Bulan 7 hingga 9

Bulan 10 hingga 12

Latihan Kecerdasan

Latihan Kemahiran

Latihan Trik dan Pertandingan

Lawatan dan Rombongan






*sebarang perubahan jadual latihan akan dimaklumkan.

Posted in Labels: , | 0 comments

Perkhidmatan dan Sokongan

Kelab ini turut menyediakan perkhidmatan sepert khidmat nasihat dan bimbingan dalam menjalani latihan badminton.

Kelab ini sentiasa memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam menonjolkan diri dalam acara sukan badminton yang di anjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak negeri seterusnya peringkat kebangsaan.

Sokongan dari segi latihan teknikal dan kemahiran tambahan akan di latih oleh jurulatih terlatih yang di panggil dari Kelab Badminton Negeri.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi nama-nama yang tertera di muka hadapan lama web ini.

Posted in Labels: , , | 0 comments

Keahlian, Syarat dan Peraturan

KEAHLIAN KELAB BADMINTON

SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN


1. Setiap pelajar yang ingin menjadi ahli perlu mengisi borang keahlian yang boleh di dapati dari guru berkenaan.

2. Derma tahunan sebanyak RM10.00 perlu diberi untuk aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak kelab ini.

3. Setiap ahli yang ingin mendaftar perlu berumur di antara 9 hingga 12 tahun.

4. Ahli kelab ini perlu mematuhi segala jadual latihan yang telah di tetapkan oleh kelab badminton ini.

5. Setiap ahli akan menjalani latihan secara konsisten dari masa ke semasa dan akan dijalankan ujian penilaian bagi mengikuti tahap kemahiran yang diperolehi sejajar dengan objektif kelab.

6. Setiap ahli perlu menjaga nama baik kelab samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

7. Mana-mana ahli yang di dapati melakukan salah laku perlu membuat surat tunjuk sebab sebelum ahli jawatankuasa memutuskan pemecatan keahlian mereka.

Posted in Labels: , , , | 0 comments

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI
Penaung
Tn. Hj. Ramli Shafiee
(Guru Besar)


Penasihat
Pn. Mastura Binti Zainol
(Penolong Kanan Kokurikulum)


Guru Penasihat/Jurulatih
(Pn. Zainab Bt. Shamsudin)



Pengerusi
(En. Mohd. Shahrul Nazri Bin Hasbullah)



Naib Pengerusi
(Pn. Nor Alfishah Binti Abd Rahman)



Setiausaha
(Pn. Bazlin Binti Zainol)


Bendahari
(En. Noor Hisyam Bin Hamid)



Jawatankuasa
(Pn. Aisyah Bt Abd Rahman) Guru Pengelola Tahun 2
(En. Rosli Bin Mohamad) Guru Pengelola Tahun 3
(En. Fahmi Bin Arshad) Guru Pengelola Tahun 4
(Pn. Zalia Bt. Zainal Abidin) Guru PengelolaTahun 5
(Pn. Mashitah Bt. Abang Arshad) Guru Pengelola Tahun 6


Jawatankuasa Kecil
Pn. Asyikin Bt Rahmat
En. Rusdi Bin Shaari
En. Teng Han Li
Miss Anita Ramanathan



Posted in Labels: , | 0 comments

Objektif Kelab

  • melatih ahli secara seimbang dari segi teknik, jasmani dan mental.
  • menyediakan peralatan yang mencukupi untuk semua ahli dan memastikan ahli dapat mengenalpasti, memasang, dan mengguna peralatan-peralatan dengan betul.
  • mendisiplinkan pelajar sambil meningkatkan motivasi dalam sukan dan pelajaran.
  • melatih pelajar menghormati rakan sepermainan, kemahiran sosial dan kemahiran kepimpinan.
  • melahirkan jaguh dan pelapis kepada sekolah.

Posted in Labels: , | 0 comments

Pengenalan

Kelab Badminton Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu telah ditubuhkan sejak 10 tahun dahulu dan telah melahirkan beberapa jaguh badminton sehingga peringkat negeri. Bermula dari 16 orang ahli, kini kelab telah mempunyai seramai 43 orang ahli berdaftar.

Keunikan kelab ini adalah, penglibatan ibu bapa pelajar yang menjadikan aktiviti bermain badminton sebagai aktiviti interaksi keluarga selain daripada bersenam dan bersosial dengan keluarga lain. Meskipun begitu, keadaan dewan badminton yang kecil menghadkan interaksi ini.

Kini, seramai 12 orang pelajar menjalani "Program Perintis Badminton". Pelajar-pelajar ini berpotensi besar dan sedang mengikuti latihan insentif 3 kali seminggu demi persediaan perlawanan badminton peringkat daerah.

Posted in Labels: , | 1 comments

Peta Sekolah


Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu berhampiran dengan Stesyen LRT Sultan Ismail.

* petunjuk: warna merah jambu menunjukkan lokasi sekolah.

Posted in Labels: , | 0 comments

Visi dan Misi

Visi

Melahirkan Insan Cemerlang Dalam Akademik, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah Melalui Sukan Badminton Dengan Penuh Disiplin dan Komitment Yang Tinggi


Misi

Berusaha Melahirkan Insan Yang Berilmu, Berdisiplin dan Berjasa Serta Bertanggungjawab Terhadap Diri, Agama, Bangsa dan Negara



Posted in Labels: , | 0 comments

Maklumat Kelab

Nama Kelab: Kelab Badminton Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu


Sebarang pertanyaan atau surat menyurat sila rujuk alamat di bawah:

Pengurus
Kelab Badminton Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu
Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Posted in Labels: | 0 comments